Ok kalau ikut plan asal sepatutnya aku nak menyiapkan draft draft post yang dah berapa lama tah tertangguh, but just suddenly I wanted to talk about random things. So here I am hahaha.
Dua hari lepas, boleh nak kata hari menggembirakan untuk family aku, especially abah. Abah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Macam mama kata, "Tahun lepas mama dapat, tahun ni abah pulak." I am a proud daughter hehe. Tapi bukan itu yang aku cuba sampaikan. Bila abah balik tu, aku tengok je wajah abah. Aku kagum sangat, dengan semangat dan kesungguhan abah.
Look at my man up there hehe <3 |
Aku teringat raya yang lepas, aku duduk and berbual dengan makcik (adik abah).
Apa yang makcik kata masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. "Yaya tahu kenapa abah marah sangat kalau yaya tak belajar sungguh-sungguh?" Aku menggelengkan kepala.
Aku nampak wajah makcik tersenyum, seolah-olah mengimbau kenangan. Makcik kata "Kami dulu bukan orang senang, yaya. Abah kamu tu anak sulung, dia rasa itu tanggungjawab dia untuk mengubah nasib keluarga. Kami dulu belajar dengan nyalakan lilin je waktu malam. Kamu tahu, mak (nenek) kamu tu bukan reti membaca pun, jadi waktu malam tu kalau kami malas nak belajar, kami boleh je nak bukak je buku tu, acah acah belajar sebab mak bukan tau pun. Tapi abah kamu tak pernah ambil kesempatan, dia serious belajar hingga pukul 2-3 pagi. Kalau dia ngantuk, dia minta mak sediakan satu bekas air yang berais. Dia akan rendam kaki dia dalam tu sambil belajar. Mak pulak, happy tengok abah belajar, mak sediakan makanan, snek semua tu untuk abah kamu untuk dia makan time belajar."
Aku terdiam, sampai macam tu sekali usaha abah belajar... setiap malam..... Time tu memang macam sentap gila. Patutlah.. abah sangat strict bila bab belajar. Abah marah kalau nampak kitaorang main main, kalau result teruk. Dulu time sekolah rendah aku lah tu yang selalu kena rotan sebab malas belajar and result teruk hahahahhaha. Masuk form 4 baru macam serious sikit belajar. Kalaulah aku sedar awal lagi........
Bukan time belajar je, even time kerja sekarang pun aku boleh nampak abah stay up siapkan kerja hingga pukul 2 pagi. While aku pukul 10 malam pun dah bising mengantuk belajar. Berapa banyak kerja part time abah pun aku tak tau. Bukan tu je, walaupun banyak cabaran abah untuk siapkan PhD, abah sakit, take a lott of time untuk recover, but still even after 10 years, abah still berusaha and siapkan PhD tu. Kalau lah ada orang tanya siapa idola aku, dengan laju aku akan sebut abah. Abah, orang yang membuktikan kepada aku yang kejayaan hanya akan dicapai dengan usaha.
So, dear nadia in the future, if you are having a hard time with your study and your life, remember how hard abah studied to achieve what he has now. If you want to give up, ask yourself, have you struggle enough to say 'I give up'? Look at abah, nadia. Abah tak pernah bagi excuse untuk berusaha. Heads up, nadia. You can do this, I believe you can. Take a deep breath, and may Allah ease your journey.
p/s; This post is written to encourage myself, sebab aku takut kalau lah aku pilih untuk berputus asa. You know, that kind of random thoughts yang tetibe across my mind malam malam ni. Aku harap post ni boleh menyedarkan diri sendiri haha. Moga moga.

NY.
14072018.
0201.